Here, you know about us, our history, our activities and ALL ! :)

AJK 2011 /2012

Pengerusi : Amirah Liyana Ibrahim
N.Pengerusi : Judya Barau
Setiausaha : Agnes Luncha Lawai
Bendahari : Nurliza Sidek
AJK Tingkatan 1 : -
AJK Tingkatan 2 : Abdullah Hamdi
AJK Tingkatan 3 : Mohd Nadzmie
AJK Tingkatan 4 : Izam Izarudin
AJK Tingkatan 5 : Dayang Nurlela

Lanjutan: Kursus Ketua Patrol dan Enam Sekawan


Ahli-ahli pengakap yang mengikuti Kursus Ketua Patrol dan Enam Sekawan:

Nur Isma Inarah
Fadlin Ilyana
Judya Barau
Jason Sinawat
Mohd Nazarudin
Mohd Nadzmi
Mohd Nurazim


Kursus ini diadakan pada tarikh 1-3/10/2010 di Pusat Kokurikulum W.P Labuan. Walaupun kursus ini dilakukan dalam tempoh yang singkat, namun banyak aktiviti yang telah diadakan untuk mendedahkan ilmu pengakap dengan lebih mendalam. Untuk peringkat awal, kami telah diajar cara-cara memasang khemah. Kemudian, aktiviti kami yang pertama adalah ladam kuda. Ladam kuda merupakan satu perhimpunan yang dilakukan oleh ahli pengakap sebelum memulakan aktiviti. Sebelum ladam kuda dilakukan, 'scape' akan melakukan isyarat tangan memanggil ahli-ahli pengakap. Contoh:


Semua ahli pengakap telah diajar cara-cara memberi laporan kepada ketua, cara-cara menaikkan bendera dan cara ikrar pengakap dilakukan. Kedudukan jari ketika melafazkan ikrar adalah seperti berikut:


Contoh bentuk ladam kuda:


Seterusnya, kami telah dibahagikan dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Setelah itu, kami juga telah didedahkan tentang kepentingan buku log kepada ahli pengakap. Antara kepentigan buku log adalah:

Buku Log Pengakap membawa erti sebuah buku catatan, dairi dan seumpamanya dengannya. Dimana terkandung dalamnya bait-bait pengisah tentang hal ehwal berpengakap seorang itu bermula dari hari pertama perjumpaan serta liku-liku kehidupan berpengakap sehingga ke hari ini.

Itulah yang terbaik kerana dalamnya terkandung kisah suka duka kehidupan berpengakap sesaorang itu. Betapa taat dan setianya dengan kehidupan berpengakap, betapa telah sebatinya dengan prinsip dan kehidupan seharian; bak isi dengan kuku, bak lagu dengan irama.

Berdasarkan pengalaman lalu terdapat beberapa jenis buku log kalau boleh nak kita bahagikan, antaranya:-

1. Buku Log Peribadi - catatan peribadi, sentiasa ada bersama kita walau dimana kita berada, apa aktiviti yang kita lakukan semenjak dari kanak-kanak sehingga dewasa. Siapa antara yang terbaik yang boleh dijadikan contoh? Almarhum Tuan Haji Ibrahim bin Haji Ismail (Akela, Pemimpin Pengakap, Penolong Pesuruhjaya Negeri dan sebagainya) Beliau merupakan seorang penulis, pengkaji dan telah menghasilkan Buku Log yang terbaik. Tuan Haji Shahabudin bin Nordin, bekas Pesuruhjaya Pengakap Negeri Kedah; seorang penulis yang terbaik. Tegas, berpendirian; senang didekati dan boleh dijadikan contoh. Seorang Pengakap yang baik, disegani, dihormati.

2. Buku Log mengenai ujian-ujian lencana - bermula dengan lencana keahlian, diikuti dengan lencana Usaha, Maju dan Jaya. Pun begitu perlu juga kita hasilkan buku log lencana kepandaian.




'Scape' telah memberi tugasan kepada kami untuk menghafal undang-undang pengakap, persetiaan pengakap.

Undang-undang pengakap:

Pertama ~ Pengakap adalah seorang yang sentiasa dipercayai maruah dan kehormatan dirinya.

Kedua ~ Pengakap adalah seorang yang taat kepada Yang Dipertuan Agong, kepada Rajanya, Negaranya, pemimpin-pemimpin pengakapnya, ibu-bapanya, orang-orang diatas dan orang-orang yang dibawahnya. 

Ketiga ~ Pengakap wajib menjadikan dirinya berguna dan menolong orang pada setiap masa. 

Keempat ~ Pengakap itu sahabat kepada sekalian dan saudara kepada lain-lain pengakap walau apa negeri, pangkat dan agamanya sekalipun. 

Kelima ~ Pengakap itu baik dan sempurna budi pekertinya dan sentiasa berbudi. 

Keenam ~ Pengakap itu baik dan kasih kepada segala binatang. 

Ketujuh ~ Pengakap itu seorang yang sentiasa menurut perintah dan suruhan ibu-bapanya, kepala patrolnya atau pemimpin-pemimpin pengakapnya dengana tiada apa-apa soalan. 

Kelapan ~ Pengakap itu seorang yang sentiasa sabar dan manis mukanya dalam kesusahan. 

Kesembilan ~ Pengakap itu jimat dan cermat 
Kesepuluh ~ Pengakap itu bersih dan suci fikirannya, perkataannya dan perbuatannya.


Persetiaan Pengakap:



Bahawa dengan sesungguhnya, saya berjanji dan bersetia yang saya dengan seberapa daya upaya saya akan
Taat kepada Tuhan, Raja dan Negara
Menolong orang pada setiap masa
Menurut undang-undang Pengakap

On my honour, I promise that I will do my best
To do my duty to God, King and country
To help other people at all times
To obey the scout law
Seorang ahli Pengakap mestilah mengetahui dan menghafal Persetiaan Pengakap dan sentiasa patuh kepada apa yang telah dijanjikan. Persetiaan Pengakap juga mestilah dilafazkan setiap kali perjumpaan Pengakap dan dalam setiap istiadat Pengakap. Berikut adalah huraian tiga perkara yang terkandung di dalam Persetiaan Pengakap:
TAAT KEPADA TUHAN, RAJA DAN NEGARA
  • Taat kepada Tuhan bermaksud setiap ahli Pengakap mesti beragama, tidak kira agama apa sekalipun. Ahli Pengakap hendaklah patuh kepada ajaran agama, iaitu dengan beramal dan beribadat mengikut agama masing-masing.
  • Taat kepada Raja bermaksud ahli Pengakap mesti taat dan patuh kepada Yang Di-Pertuan Agong, Raja- Raja dan wakil- wakil Raja yang memerintah di negara ini. Pengakap hendaklah mengetahui dan memahami Undang- Undang negara.
  • Taat kepada Negara bermaksud ahli Pengakap hendaklah menghormati undang- undang negara, jujur dan patuh kepada Perlembagaan negara, pemimpin dan dasar- dasar kerajaan.
MENOLONG ORANG PADA SETIAP MASA
Ahli Pengakap sentiasa dengan jujur dan rela hati menabur bakti dan menolong orang- orang yang memerlukan sama ada berseorangan atau berkumpulan. Mereka hendaklah bersedia membantu orang ramai dan pihak keselamatan ketika berlakunya kemalangan atau kecemasan dan di dalam kerja- kerja amal yang difikirkan sesuai.
MENURUT UNDANG- UNDANG PENGAKAP
Setiap ahli Pengakap hendaklah patuh serta mengamalkan semua prinsip yang terkandung di dalam Undang- Undang Pengakap.

Kursus  tersebut  banyak  mengajar  kami  mengenai ilmu-ilmu  pengakap. Pada hari terakhir kursus tersebut, kami telah mendapat sijil penyertaan dan dianugerahkan sebagai 'The Most Sporting Scouts.'




Pengakap Maju  Jaya!



Sekian,

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...